LATEST NEWS

Home / Latest News

KDN Siasat Dakwaan MYEG Lantik Ejen Daftar Pekerja Asing

KDN Siasat Dakwaan MYEG Lantik Ejen Daftar Pekerja Asing

28 Nov 2015

CYBERJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan syarikat MYEG Services Berhad atau pegawainya melantik ejen untuk pendaftaran atau pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing, kata Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata terdapat aduan bahawa MYEG yang merupakan syarikat tunggal melaksanakan pendaftaran PLKS secara atas talian, telah melanggar syarat yang menetapkan syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana ejen luar untuk tujuan tersebut.

"KDN sedang siasat MYEG atau pegawainya jika terlibat, sebab kita terima banyak laporan bahawa syarikat itu melantik ejen untuk daftar pekerja asing. "Jika benar tindakan mereka ini, ia boleh menyulitkan kerja-kerja Jabatan Imigresen dalam mengawal kemasukan pekerja asing," kata Nur Jazlan.

 

Baca lagi di http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kdn-siasat-dakwaan-myeg-lantik-ejen-daftar-pekerja-asing-82865 (November 28, 2015)

 

Back to Latest News